Assalamualaikum ^^
Cuba tengok tajuk kat atas. Rindu? Rindukan apa? Hehe. Hampir 5 bulan sudah saya menganggur duduk kat rumah sahaja selepas menjadi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu SPM 2011. Saya belum kerja lagi. Selepas habis SPM tahun lepas, saya hanya sempat belajar kereta saja. Dan sekarang saya teruskan kerja sebagai penanam anggur tak berkebun. Haha. Okay. Tipu saja. Ada pun saya tanam anggur dalam game Facebook je kot :p
Sekarang semua lepasan SPM tengah menunggu keputusan untuk sambung belajar. Ada yang dapat masuk Matrikulasi. Ada yang dapat tawaran UPU dan sambung study dekat Universiti. Tapi saya relax je. Haha. Future study? Saya belum sambung belajar lagi. Lagipun saya tak apply apa-apapun. UPU dan Matrikulasi semua saya tak apply. Sebab macam tak sure pulak rasanya nak sambung study. Tapi itu dulu lah. Sekarang rasa bosan pulak tak study ^_^ Lagipun result saya agak tak cemerlang dalam subjek Mathematics. Kecewa.
Ohyea, sepanjang menanam anggur ni. Terasa rindu pulak dihati. Rindu akan suasana sekolah. Rindu akan teman-teman sekelas yang memang riuh rendah dan meriah. Rindu nak mendengar cikgu-cikgu mengajar kat depan kelas. Rindu nak belajar dengan kawan yang duduk meja sebelah. Saya dengan kawan sebelah meja memang selalu buat kerja sama-sama. Lagi-lagi dalam subjek Prinsip Perakaunan. Seorang mengira dan seorang menulis. Dan bincang-bincang dan sebagainya. Sebenarnya saya rindu macam-macam perkara yang berkaitan dengan sekolah. Korang rindu tak? ^_^
8 Mei 2011, iaitu hari ini. Tarikh di mana pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 membuat pendaftaran untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bawah. Saya mendapat tawaran untuk masuk ke Tingkatan 6 di sekolah yang lama. Dan saya tolak tawaran tersebut. Dah memang niat dari dulu tak nak masuk Tingkatan 6. Hehe. Teruk? :D Lagipun cikgu saya sendiri kata susah sangat belajar di Tingkatan 6 ni. Lagi-lagi pelajar macam saya ni, bukan nak serius pun masa peperiksaan. Nanti hancur pulak result STPM. So better tak payah masuk kalau tak serius bukan.
Okay. Kepada sesiapa yang masuk ke Tingkatan 6 tu. Goodluck untuk anda semua. Dan selamat kembali ke sekolah ^_^
Terima kasih.








29 comments:
Saya masuk form 6 haritu.. dekat2 nak STPM baru saya mula serius.. Alhamdulillha, saya berjaya masuk IPTA..
Apa yg penting, tanamkan azam. Tahu apa yang anda nak dalam hidup XD
Aiyaa. Lepastu Sally nak buat apa kat rumah? Boringlaa. Jomlaa sambung study skali :)
haha btw kita masuk form 6. dah daftar sekali td. hee~ ^_^ kita pun rindu zmn sekolah masa dulu.. :(
Masuk form 6 memang tak leh nak memain ..
Pra-U la katakan ..
xpe, rezeki ada kat mana2 kalau dah tak minat belajar kerja je dulu.. demi masa depan tau adik? ;)
buat diploma... walaupun lambat tp selamat. lgpun akak rasa diploma sesuai ngan akak yg takleh cope laju laju....eehhehehehe..blaja kena relax :)
So apa haluan awak sekarang sis? Kerja or belajar? Takpe, fikir dulu ke arah mana minat and cepat cepat sambung belajar tau. Bukan apa masa depan ni penting k :) Good luck !
biar lambat asal selamat dan berehat la dulu amik mood sblm sambung study ;)
ingat rindu kat si dia tadi...
hehehhe..
rupanya rindu kat sekolah..
normal lah bila dah habis sekolah mesti teringat semula kat sekolah...
plan nak buat apa lepas ni?
mungkin leh cari kerja untuk timba pengalaman :)
betul tu ckj pun rindu juga masa di sekolah dulu.. memang best..
habis tu mau buat apa di rumah kalau ndak sambung stdy bah?
amik foundation,setahun lebih foundation boleh masuk bachelor..tpi dkt UMtech/Unirazak je la..ipts,nak ke?.hehe :)
owh takpelah sekuran-kurangnya ada amek lesen..tapi lepas ni kalau boleh sambunglah study, muda2 la nak sambung study nt dah dewasa sgt dah banyak benda lain lagi
rindu sgt kat skandal2 lama. hahaaha
form 6 akaun ka? mugmerah bakal cikgu akaun. hihi
form 6 akaun ka? mugmerah bakal cikgu akaun. hihi
time sekolah mmg best..byk sgt kenangan tu...
> time2 muda mcm ni la nak sambung study...masih rajin lagi...hee..
memang bosan kalau duduk rumah je tak de kerja kan sally.. tak pe slow2. :)
muda2 lagi sila la study,nnti bila dah study, rasa seronok sgt , rasa nak study lg...bile dah stop n keje, susah dah nak mula study balik.
sy study sampai degree. dah capai target tuk dapat study di UNiversiti tempatan n dapat capai kelas pertama yg menjadi idaman sy untuk sy buktikan pada mak n ayah sy yg sy boleh.
alhamdulillah ~
skrang dah keje, nk sambung study dah liat :D
salam singgah n follow sini
dr,
afasz.blogspot.com
Kenangan sekolah memang sesuatu yang best..tapi, selamat berjaya dengan apa pun yang dilakukan :)
Sama lah dengan Mieya, jadi penanam anggur di rumah. hihi
kalau ada niat nak smbg better smbg, ambik diploma ke
huhs, hope sys dpt wt kputusan dan smestinya sys xkn mnyesal dgn kputusan yg sys wt.. yg pnting plih yg b'knan di aty~ ^.^
i pon rndukannnn seklahhh..kdg2 sgt sronok ;)
kalau dah abis sekolah mmg rindu zaman sekolah.hope sally dapat further study nanti.All the best ye
ala..bila nk smbung study?
mst bosan sgt3..sy cuti 2 bulan pun ase bosan mcm nk mati =p
huhu...
zyra pon tak minat nak smbung blajar tp kwn2 excited nak smbung..so try laa apply kolej,,u memang tak ske!!
agpon fmly memang sruh smbg blajar..hmmmm
harap2 ok laa t time blajar.susah gak g blajar tp tkde niat dlm ati nk wt semua uwh
sampe bila nak duduk rmh goyang kaki?haha
Post a Comment