Namun, kawan dan sahabat itu ada perbezaan. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan kita. Dan istilah kawan lebih kepada seseorang yang hadir dalam hidup kita, menyeri kehidupan kita. Seperti sentiasa ada disisi kita disaat kita gembira. Tapi tak semua kawan adalah sahabat kita yang sentiasa berada di samping kita disaat kita amat memerlukan mereka untuk berada di sisi kita dan disaat kita berduka.
Menjadi seorang sahabat yang baik, tak mudah. Nak memiliki seorang kawan juga tak mudah. Andai kita nak memiliki kawan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan kepada seseorang. Jangan mengharapkan seseorang untuk menjadi kawan baik kepada kita. Tapi kita tidak menjadi kawan yang baik kepada mereka. Kita kenalah mulakan sebuah persahabatan yang baik dengan seseorang yang baik orangnya untuk dijadikan sahabat baik untuk diri kita. Kerana seorang sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita. Salah memilih kawan, mungkin hidup kita akan hancur.
Kita kena layan sahabat kita sebagaimana kita mahu dilayan oleh mereka. Andai sahabat kita melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara yang baik dan jangan mengaibkan mereka. Jadikan kesilapan yang mereka lakukan sebagai pengajaran kepada kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Tapi sahabat yang sentiasa bersama kita ketika kita susah dan senang amat sukar diperolehi. Andai anda memiliki sahabat yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang. Tolong hargai kehadiran mereka. Jangan sampai anda kehilangan sahabat yang baik hanya kerana anda tak pernah menghargai kehadiran mereka dalam hidup anda. Sekali mereka pergi, mungkin sukar nak menjadi sahabat baik dalam hidup mereka lagi. Dan mungkin anda hanya akan menjadi seorang " kawan " dalam hidup mereka.
Terima kasih.







39 comments:
terima kasih dtg ke blog mama ema..salam kenalan..dan selamat berkawan..hehehe
susah nak cari teman yg sudi bersenang dan bersusah bersama..
nak kawan yang baik,kita kena jadi baik dulu.hormat semua orang,baik dengan semua orang.jangan suka mengumpat/cakap belakang..kawan baik sangat special :)
pada percaturan akak senang jek .
maksud sahabat dengan kawan tuh beza bukan pada perkataan jek .tp pada makna die jugak :)
kawan yg sanggup ade susah senang ,tidur sebantal ,tegur kita kalau kita buat salah ,tu kwn sepanjang zamn :)
nice entry sally. bukan senang nk cari kawan time susah kan. time senang ramai je nk ngaku kawan. hewww :D
Betul tu.. kawan yg betol2 kwn memg pyh nk jumpe.. huhu.. nice sharing.. bw here :)
susah nk cri kwn yg btl2 ad bila kita perlukan dia kn
mmg ssh nk carik kawan sejati :)
kwn dgn kwn blogger pon best walaupun tk penah jumpa hihi :D
tanpa kawan kat dunia ni memang sunyi & alhamdulillah sye ade kawan yg sentiasa sokong sye ketika senang & susah ^^
#kawan2 blogger pon best. .hee
dlm ramai2 kwn.. sy ada sorg yg bole panggil kwn.. yg lain2 kategori datang & pergi...
susah nak jumpa kawan yg boleh kritik kita tanpa menyakitkan hati kita.
sedang mengalami. :')
saya sekarang Alhamdulillah ade kawan yang awesome . :) kadang kadang , mun takut jugak nak bukak mulut sebab takut sakit kan hati kawan . kang kita pulak yang rasa bersalah :)
selalu dapat kawan makan kawan :(
Nak cari kwn taim senang,or wat lepak senang je..pantang call..sume ok,xp kalo taim susah.mai ai,sume pakat lari lintang pukang =,="
sokong. kita kene jadi kawan yang baik dulu. baru harap dapat kawan yang baik. tapi tu... hehe. insyaAllah :)
nice share ^^
jgn percaya kawan 100%..huhu
selalu kwn nh time senang xyah cari.. rmai dtg.. time susah, semua lari.. kalau ada kwn baik pn, belum tentu nk ada time susah.. tp benda tu kdg2 la
kawan gelak suka ramai, kawan yg sanggup bersama time susah tu mmg tak mudah nak cari..
kawan bg sy ade byk kategori.. ade kawan biasa, kawan rapat, kawan akrab, kawan sejati, kawan biasa dan pelbagai lagi.. bagaimana nak knalpasti, hnya kamu sendiri jer yg boleh kelaskan kawan2 kamu...
kawan dan sahabat berbeza. ada kawan banyak tapi sahabat memang sik pernah ada dalam diri. Sahabat kmk mungkin dirik kmk pun :)
thanks 4 sharing sally. betul tujj bukan senang kter nk cari kawan time susah kan. time senang ramai je nk ngaku kawan.. semua org mgalami keadaan yg sama kan ..
ya betul nak jadi sahabat or kawan yang baik memang susah tapi kalau kita cuba yang terbaik insya'allah :)
betul tu nak jadi seorang kawan dan mencari seorang kawan yg baek memang susah..
dulu sm susah nak berkawan dengan owg tapi semakin lama sm belajar untuk kawan dengan owg masa tu owg pon mudah tuk kawan dengan kita.
terima kasih sally sampaikan cerita ni. kita mmg kena hargai kawan2 yg sentiasa bersama kita masa susah & senang :')
be friend kerana Allah.. that's my friend's advice to me.. and I think that's true
nak dapat sahabat yang baik , kita kena belajar menerima teguran dari orang .. kalau pun teguran dia tu tak betul , seeloknya dengar dulu dia. lepas tu , baru kita fikir boleh terima tau tidak teguran dia tu .. insyaAllah .. akan ada ramai orang yang nak bersahabat dengan kita :)
setuju.....bestfrens can bee strangers..so hargailah kwn2 yg kite ade:)
betol2.. susah nak cari kawan yg stay dgn kita tyme susah senang... tapi nana dah jumpa sorang kwn yg mcm tu.. bsyukur nya ... :') at leasr i got one kan :'D
sokong point u sis ^^
da boleh update da entry baru.. huhu
tul..kwn y btl2 kwn mmg ssah sgt d cari..kwn ktika ktwa mmg rmai tp bila mnangis tinggal kite sorg =)
kawan selamanya :)
Kita perlu menjadi sahabat itu sebelum mahukan org lain menjadi sahabat buat kita, :D
kalau nampak pelik-pelik jer..baik tinggalkan terus kan..hihi
kawan ini seperti angin, mudah datang dan mudah pergi :(
Salam..setuju sangat..
Perbezaan utama kawan dan sahabat - kawan silih berganti, disetiap peringkat umur, kita akan jumpa bermacam2 jenis kawan, macam2 perangai.
Tapi sahabat, dia stick pada kita, sahabat selamanya, peneman setiap waktu yg kita lalui, susah senang. Sahabat tak semestinya sentiasa dekat, tpi tiap kali kita perlukan, dia pasti ada untuk mendengar,menasihat.. :)
true,,susah nak ada kawan yang baik yang setia,,apakan daya,,lumrah hidup sekarang,,
sesungguhnya.. memang banyak beza antara sahabat dan kawan...
Post a Comment