Iklan menarik :D

Thursday, May 17, 2012

Tak mudah menjadi seorang kawan

Siapa tak pernah ada kawan dalam kehidupan mereka. Semua orang pasti memilki kawan meskipun tak mempunyai ramai kawan, paling tak pun pasti mereka memiliki seorang kawan dalam hidup mereka. Hidup kita seolah-olah tak lengkap tanpa manusia yang bergelar kawan. Merekalah yang menyerikan hidup kita dengan gurau senda dan sebagai teman berbual kita. Kawan juga yang sentiasa hadir disaat kita gembira untuk bersama-sama meraikan kegembiraan.


Namun, kawan dan sahabat itu ada perbezaan. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan kita. Dan istilah kawan lebih kepada seseorang yang hadir dalam hidup kita, menyeri kehidupan kita.  Seperti sentiasa ada disisi kita disaat kita gembira. Tapi tak semua kawan adalah sahabat kita yang sentiasa berada di samping kita disaat kita amat memerlukan mereka untuk berada di sisi kita dan disaat kita berduka.

Menjadi seorang sahabat yang baik, tak mudah. Nak memiliki seorang kawan juga tak mudah. Andai kita nak memiliki kawan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan kepada seseorang. Jangan mengharapkan seseorang untuk menjadi kawan baik kepada kita. Tapi kita tidak menjadi kawan yang baik kepada mereka. Kita kenalah mulakan sebuah persahabatan yang baik dengan seseorang yang baik orangnya untuk dijadikan sahabat baik untuk diri kita. Kerana seorang sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita. Salah memilih kawan, mungkin hidup kita akan hancur. 

Kita kena layan sahabat kita sebagaimana kita mahu dilayan oleh mereka. Andai sahabat kita melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara yang baik dan jangan mengaibkan mereka. Jadikan kesilapan yang mereka lakukan sebagai pengajaran kepada kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. 


Tapi sahabat yang sentiasa bersama kita ketika kita susah dan senang amat sukar diperolehi. Andai anda memiliki sahabat yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang. Tolong hargai kehadiran mereka. Jangan sampai anda kehilangan sahabat yang baik hanya kerana anda tak pernah menghargai kehadiran mereka dalam hidup anda. Sekali mereka pergi, mungkin sukar nak menjadi sahabat baik dalam hidup mereka lagi. Dan mungkin anda hanya akan menjadi seorang " kawan " dalam hidup mereka. 

Terima kasih.

39 comments:

MamaEma said... REPLY

terima kasih dtg ke blog mama ema..salam kenalan..dan selamat berkawan..hehehe

ejulz said... REPLY

susah nak cari teman yg sudi bersenang dan bersusah bersama..

Elysa Sofia said... REPLY

nak kawan yang baik,kita kena jadi baik dulu.hormat semua orang,baik dengan semua orang.jangan suka mengumpat/cakap belakang..kawan baik sangat special :)

Aien Najib said... REPLY

pada percaturan akak senang jek .

maksud sahabat dengan kawan tuh beza bukan pada perkataan jek .tp pada makna die jugak :)

kawan yg sanggup ade susah senang ,tidur sebantal ,tegur kita kalau kita buat salah ,tu kwn sepanjang zamn :)

|shuhadaothman|TM said... REPLY

nice entry sally. bukan senang nk cari kawan time susah kan. time senang ramai je nk ngaku kawan. hewww :D

Miss Honeys Hasdi said... REPLY

Betul tu.. kawan yg betol2 kwn memg pyh nk jumpe.. huhu.. nice sharing.. bw here :)

Nyamuk Terbang said... REPLY

susah nk cri kwn yg btl2 ad bila kita perlukan dia kn

teha said... REPLY

mmg ssh nk carik kawan sejati :)

sis92 said... REPLY

kwn dgn kwn blogger pon best walaupun tk penah jumpa hihi :D

Syamira Yahya said... REPLY

tanpa kawan kat dunia ni memang sunyi & alhamdulillah sye ade kawan yg sentiasa sokong sye ketika senang & susah ^^
#kawan2 blogger pon best. .hee

caliph shuriken said... REPLY

dlm ramai2 kwn.. sy ada sorg yg bole panggil kwn.. yg lain2 kategori datang & pergi...

bukan retis said... REPLY

susah nak jumpa kawan yg boleh kritik kita tanpa menyakitkan hati kita.

sedang mengalami. :')

CikMunBlogger said... REPLY

saya sekarang Alhamdulillah ade kawan yang awesome . :) kadang kadang , mun takut jugak nak bukak mulut sebab takut sakit kan hati kawan . kang kita pulak yang rasa bersalah :)

kaishin said... REPLY

selalu dapat kawan makan kawan :(

eenie minniey said... REPLY

Nak cari kwn taim senang,or wat lepak senang je..pantang call..sume ok,xp kalo taim susah.mai ai,sume pakat lari lintang pukang =,="

ciksukaberangan said... REPLY

sokong. kita kene jadi kawan yang baik dulu. baru harap dapat kawan yang baik. tapi tu... hehe. insyaAllah :)

nice share ^^

Nana said... REPLY

jgn percaya kawan 100%..huhu

~~oOpEt~~ said... REPLY

selalu kwn nh time senang xyah cari.. rmai dtg.. time susah, semua lari.. kalau ada kwn baik pn, belum tentu nk ada time susah.. tp benda tu kdg2 la

hamzah ian said... REPLY

kawan gelak suka ramai, kawan yg sanggup bersama time susah tu mmg tak mudah nak cari..

KorN said... REPLY

kawan bg sy ade byk kategori.. ade kawan biasa, kawan rapat, kawan akrab, kawan sejati, kawan biasa dan pelbagai lagi.. bagaimana nak knalpasti, hnya kamu sendiri jer yg boleh kelaskan kawan2 kamu...

hazfee said... REPLY

kawan dan sahabat berbeza. ada kawan banyak tapi sahabat memang sik pernah ada dalam diri. Sahabat kmk mungkin dirik kmk pun :)

Hani Shaa said... REPLY

thanks 4 sharing sally. betul tujj bukan senang kter nk cari kawan time susah kan. time senang ramai je nk ngaku kawan.. semua org mgalami keadaan yg sama kan ..

EYFAalias said... REPLY

ya betul nak jadi sahabat or kawan yang baik memang susah tapi kalau kita cuba yang terbaik insya'allah :)

Selendang Merah said... REPLY

betul tu nak jadi seorang kawan dan mencari seorang kawan yg baek memang susah..

dulu sm susah nak berkawan dengan owg tapi semakin lama sm belajar untuk kawan dengan owg masa tu owg pon mudah tuk kawan dengan kita.

Nur Aischa said... REPLY

terima kasih sally sampaikan cerita ni. kita mmg kena hargai kawan2 yg sentiasa bersama kita masa susah & senang :')

dear yayah said... REPLY

be friend kerana Allah.. that's my friend's advice to me.. and I think that's true

Ini Kisah Tia said... REPLY

nak dapat sahabat yang baik , kita kena belajar menerima teguran dari orang .. kalau pun teguran dia tu tak betul , seeloknya dengar dulu dia. lepas tu , baru kita fikir boleh terima tau tidak teguran dia tu .. insyaAllah .. akan ada ramai orang yang nak bersahabat dengan kita :)

Ayumi Comot said... REPLY

setuju.....bestfrens can bee strangers..so hargailah kwn2 yg kite ade:)

Nana Jay said... REPLY

betol2.. susah nak cari kawan yg stay dgn kita tyme susah senang... tapi nana dah jumpa sorang kwn yg mcm tu.. bsyukur nya ... :') at leasr i got one kan :'D

AdilaAzmir™ said... REPLY

sokong point u sis ^^

KorN said... REPLY

da boleh update da entry baru.. huhu

Ira Nira said... REPLY

tul..kwn y btl2 kwn mmg ssah sgt d cari..kwn ktika ktwa mmg rmai tp bila mnangis tinggal kite sorg =)

AsH ShiKaNo said... REPLY

kawan selamanya :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said... REPLY

Kita perlu menjadi sahabat itu sebelum mahukan org lain menjadi sahabat buat kita, :D

iizza said... REPLY

kalau nampak pelik-pelik jer..baik tinggalkan terus kan..hihi

onie said... REPLY

kawan ini seperti angin, mudah datang dan mudah pergi :(

Tinta Lana said... REPLY

Salam..setuju sangat..

Perbezaan utama kawan dan sahabat - kawan silih berganti, disetiap peringkat umur, kita akan jumpa bermacam2 jenis kawan, macam2 perangai.

Tapi sahabat, dia stick pada kita, sahabat selamanya, peneman setiap waktu yg kita lalui, susah senang. Sahabat tak semestinya sentiasa dekat, tpi tiap kali kita perlukan, dia pasti ada untuk mendengar,menasihat.. :)

reyna said... REPLY

true,,susah nak ada kawan yang baik yang setia,,apakan daya,,lumrah hidup sekarang,,

Cik Kay Jue said... REPLY

sesungguhnya.. memang banyak beza antara sahabat dan kawan...