Assalamualaikum :)
Hello people ! Hari ni saya nak share tentang tips penjagaan kulit cantik jelita . Nak kulit cantik , putih macam diatas ni ? Kalau nak kenalah menjaga kulit kita . Tips menjaga kulit :
1 . Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari .
2 . Minum 8 gelas air putih setiap hari .
3 . Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu kita mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri .
4 . Pastikan kulit kita mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar .
5 . Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
6 . Elakkan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda . Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Kalau cepat marah nanti cepat tua tau ! ;D
7 . Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
8 . Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
9 . Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit kita.
10 . Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit kita.
11 . Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit. Walaupun begitu, tidak bermakna jika kita tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
12 . Pastikan kita tidur cukup iaitu 8 jam sehari. Jangan tidur akhir !
Okay . Terima kasih .