Monday, January 21, 2013

Setia Hujung Nyawa

Sejak dah tak ada Sinetron Cinta Bersemi Di Putih Abu-abu ni, saya mulai menyukai drama Setia Hujung Nyawa di Tv3 pada pukul 7 malam. ^_^ Drama ini lakonan Nellydia Senrose, Amar Asyraf dan ramai lagi :) Best! Terutamanya lagu Setia Hujung Nyawa nyanyian Fiq ft. Gjie :D 


SINOPSIS:

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Kena cari novel ni lah lepasni  ^_^



Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi

Jauh dari diri ku lagi
Sesunguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
tak kan pernah bisa
dari diriku
menjaga cinta mu
tuhan tolonglah aku
satukan aku dan dirinya selamanya

Maafkan diriku
melukakan mu
cinta jangan engkau pergi jauh
dari diriku lagi

Sesungguhnya cinta kita setia ke hujung nyawa
cinta ku tetap di sini
takkkan pernah jauh dari mu
oooooo

75 comments:

  1. mane nk dpt novel ni ekk...kat book store ade ek??tak gi cari lagi ni..hehe

    ReplyDelete
  2. adeh akak tk sempat nk nonton pun.. dulu pernah juga ikut sinetron Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu tapi tak tau pun kesudahannya :(

    ReplyDelete
  3. ni mesti lyn perasaan ni kan smbil bace2x.. :)

    ReplyDelete
  4. Suka tengok Ammar Asyraf tu berlakon kan...:)

    ReplyDelete
  5. so sweet la cite ni. cuti ni nak pergi cari jugak novel ni. tak kira. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni demam setia hujung nyawa. Huhu.
    Best oh! Hero n heroin dua2 pandai berlakon huhu ^^

    ReplyDelete
  7. setia hujung nyawa..
    xsabar nak tegok diorang bersatu kembali ..^_^

    ReplyDelete
  8. oh cita kegemaran mak sy ni..hihi sy jrg sikit tgk drama..layan cmtu2 je

    ReplyDelete
  9. best eh ceta ne.xdpt tgk.kt uma sewa xde tv. :(

    ReplyDelete
  10. kmk download jak cerita tok.. baru nangga sampe ep 7 kinek.. hehe

    ReplyDelete
  11. hehehehe. nasib baiklah saya tak terjebak. kalau tak, memang terus melekat je ni..hahaha

    ReplyDelete
  12. cte ni kdg2 mcm merepek pon ada bg yui..huhu

    ReplyDelete
  13. best sesangat ceta ni,hee....nana ad da novel dia,beli masa dpt voucher buku thn lepas,hee:)

    ReplyDelete
  14. nak kena carik novel ni nnt mcm bestt je ni

    ReplyDelete
  15. wah..mmg best betul drama ni..makin syok tgk kemelut rumahtangga dorang..zain jahat..sian kat el tau....huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. setakat ni xpenah miss lg cit eni..hihi

    ReplyDelete
  17. tak tengok citer ni tapi macam best saja

    ReplyDelete
  18. cerita ni best...novel dia lagi best. Hehe rasa syok semacam aje bila tengok setia hujung nyawa ni, hikhik

    ReplyDelete
  19. novel cerita ni best sangat !! sukaa xD

    ReplyDelete
  20. salam sally :)

    dua2 makin popular..novel dan drama nya...hehe :)

    ReplyDelete
  21. not bad la cerita ni, layan..hehe

    ReplyDelete
  22. anna x tengok tapi anna suka ayat2 kat atas ni..

    ReplyDelete
  23. layan citer neh jgk...best sgt kan..n lagu die pn sedap didgr.. :)

    ReplyDelete
  24. lagi suka bace novel...cite dia skang punyelah annoying...hehe..:)

    ReplyDelete
  25. best kan cerita ni? saya tak pernah miss tau. hihihihi. even demam pun. mesti tengok. kihkih

    ReplyDelete
  26. saya teringin teringin teringin sgt nak baca novel, tapi tak minat. hihi. but nak try jugak laa, kena beli setia hujung nyawa ni.. :)

    ReplyDelete
  27. hiihihi....sally pon suka sinetron tu...tp cite baru ni tak berminat nk tgk :)

    ReplyDelete
  28. saya suka lagu ni.. hehehe.. tak sangka pulak rupanya penyanyi Fiq yang rock tu..

    ReplyDelete
  29. kamek niktok bok 2 3 ari ndiat cta tk.alu fanatik alu.hahah

    ReplyDelete
  30. Cerita tu dah tamat ye? K sedih. Dah lah dah lama tak tengok tv. huhu

    ReplyDelete
  31. best giler cite ni. hehe jatuh hati dgn zain min ho & ersalina.:)

    http://hazanis.blogspot.com/2013/01/amar-asyraf-makin-popular-dalam-setia.html

    ReplyDelete
  32. chot mash tercari2 novel ni..huhu tah ble nk jmpe tah..*3432 follow sini..

    ReplyDelete
  33. memang layan la citer ni setiap kali balik keje tapi sakit hati lak tengok perangai zain tu.aish....

    ReplyDelete
  34. wah...dah ade novel dlm simpanan..

    ReplyDelete
  35. ala..tak pernah tengok drama nih..:)

    ReplyDelete
  36. sana sini cerita pasal drama nie...nak kena tonton nie.....

    ReplyDelete
  37. saya lebih suka baca novel...nak kena cari juga nie..

    ReplyDelete
  38. pastu ada drama kat mustika hd lakonan rita dgn adiputra..tapi pakaian meke, aduyaii laa :)

    ReplyDelete
  39. Dah beli ke novelnya sally??bestkan..ngee.. ~~

    ReplyDelete
  40. ingt nak cari novel nie.. tak dapat tengok kat tv, bace pun jadilah.. hihi :D

    ReplyDelete
  41. Masa cite ni mula dtayangkan tk endah kan pon. Tp td tetiba layan pulak cite ni n now da rasa tk nk miss tgk cite nih.hihi

    Kne cari novel ni..bole feeling2 hihi

    ReplyDelete
  42. Salam.

    Sally, aiyoo, where have u been,hehehe. Apa kbr..sihat ya :)

    Awal2 citer ni, lana tak tengok sgt..skrg ni,layan jugak, dengan mak skali,hehehe.

    ReplyDelete
  43. dah beli novel tu.. ^_^
    setia melihat dislot akasia.. :)

    ReplyDelete
  44. cerita tu asyik terlepas je nak tengok. Kena beli novel jugak nie baru tahu jalan ceritanya :D

    ReplyDelete
  45. as salam... cik azue datang vertandang...menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
    http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

    ReplyDelete
  46. cerita ni memang kasi impak besar kat kita yang kaum perempuan ni,geram bila sampai episod klimaks ni..adoi,haha

    ReplyDelete
  47. favourite drama tp smpi skrg xdpt nk download lagu tema SHN...:)

    ReplyDelete
  48. saya pun suka cerita ni . tak miss lagi but yang sedih nya bila cerita ni bertibdih dgn maghrib :'(

    ReplyDelete
  49. Tengok jugak citer tp setengah jm je...

    ReplyDelete
  50. as salam..

    tq sudi memeriahkan suasana.. cik azue polow sini balik.. good luck ye

    ReplyDelete
  51. citer ni best!....tiap ari donlod,nk tgk kt tv x smpt..huhu

    ReplyDelete
  52. best best setia hujung nyawa ...ost die pon best .. :)

    ReplyDelete
  53. haaa...cite ni ayut tgk jgk dh skrg sbb dh ada tv..sukerrr...tak sabar nk lyn mngu ni punye sbb zain dh mula syg blik...hihihi

    ReplyDelete
  54. cite yg best tp hopefully waktu siarannya ditukar sbb agak tk ssuai :)

    ReplyDelete
  55. ntah bile la sy nk beli novel nih....arghhhhh...tension xbeli lg..hahaha

    ReplyDelete
  56. sinopsisnya..best..tp kadang-kadang tgk..kadang-kadang tak tgk..hehehe

    ReplyDelete
  57. suka jugak cerita setia hujung nyawa nie..memula tgk dah besh=)

    ReplyDelete
  58. suka tengok citer ni petang2 kat tv3...

    ReplyDelete
  59. Minat jugak cerita ni...dah nak habis kan :)

    ReplyDelete
  60. @Nory Zoulkefle

    Chord gitar untuk lagu setia hujung nyawa :D

    http://azrinkassim.blogspot.com/2013/02/fiq-ft-gjie-setia-hujung-nyawa-ost.html

    Please follow my blog

    ReplyDelete
  61. semua org sakit hati dgn zain kan.maknanya berkesan la tu lakonan dia..hihi

    zain dah tunang kan ;)

    ReplyDelete

Guna bahasa yang mudah difahami oleh semua orang.
Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi komen kat entry ini ^_^