Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Productions yang diarahkan oleh Mazri Mustafa ini dibintangi Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin.
Sinopsis:
Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif.
Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?
Sama-sama kita saksikan drama ini. Kalau tak sempat tengok pukul 7 malam. Boleh tonton secara online ^_^ hee








25 comments:
Macam best tapi kamek sik pat nangga =[
Harapnya bestlah drama ni... =D
hehe tak sabar cik lisa nak tunggu, hikhik
wah ada cerita baru? ckj da lama tak tgk tv
harap jugak best huu
Oo... Macam best je..
Tapi kan, akak ni selalunya akan layan drama camni bila dah dekat nak last episode je. Lagi 4 atau 5 episod nak habis, baru ada rasa nak melayan macam drama Setia Hujung Nyawa hari tu...
Setakat ni, drama Tentang Dhia je yang akak layan dari first episode sampai la tamat.. Suka dgn gandingan Nora Danish dan Adi Putra tu.. :)
Btw, thanks ya sebab sudi singgah dan komen kat entry review novel One Day You'll Be Mine tu.. :)
Wajib tengok ni ^_^ hew
http://farra-izzaty.blogspot.com/
macam best.
nak tengok la Isnin ni :)
wah ..bnyak konflik..tp xsmpt nk tgk sbb ct xlyn tv sgt da..hehe
harap best mcam setia hujung nyawa tu hehehe.
tapi slalunya klau drama melayu saya tengok mula2 tengah2 and akhir2 die je hehe
tasha shilla ! ;D
ada FA tu yang best tengok..hehe
mcm best je..ehhe..tp lyeen mesti x dpt tgok..:(
mesti nak tengok dari mula ni ...hehehe
nak tengok ke tak? hmmm ...fahrin tu kurengg minat sket..huhu
tak sabar nk tgk..
hrp2 lgi bez dr setia hujung nyawa..
hihi
jom tengok ptg ni..:)
konflik jgk citer neyh
Mao nangga ^__^
sebab kul 7 mlm...remy comfirm tak dpt tgk...sebab belum sampai rumah lagi....... tak sesuai sungguh masa tayangan tu....
CP baru jer tgk ,1st episod kat blog kosong , hehehe
1st expression CP , citer nye menarik untuk ditonton ..
blur jugak , apsal ayah dye nak buang dye , rupanya kena tangkap basah ...
Jalan citer mcm Kabhi kushi kabhi gham jer..
best sa suka tengok
mcm best plak sinopsis dia.. tp akak tgk gitu2 je.. lps ni kne follow la citer ni.. :-)
uihh blh tahan tajuk cerita dia..
Post a Comment