Lazada MalaysiaLazada Malaysia Biskut Penyet

Tuesday, May 14, 2013

Drama Teduhan Kasih

Hari ini merupakan episod akhir drama Sedetik Cinta. Dan esoknya akan ada drama baru yang akan menggantikan drama Sedetik Cinta iaitu Drama Teduhan kasih. Drama ini juga merupakan drama adaptasi dari novel terlaris karya Marissa. 


Jumlah episod: 28 Episod
Mula tayangan: 15 Mei 2013
Jam: 7 malam ( 1 jam ) Tv3. Isnin-Khamis.

SINOPSIS

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.


Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.


Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.


Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Antara barisan pelakon drama ini ialah Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

P/s: Tak sempat tengok kat TV, tonton di tonton.com.my lah jawapnya ^_^

Sumber

18 comments:

aisya said...

adaptasi novel juak? hmmm

michelle De hunny said...

wahh semua mok diadaptasi dah sekarang ..
tp best juak dr sinopsis kmk baca tok.

puteri kasih said...

trend adaptasi novel sekarang ni :)

boni kacak said...

wah.. macam menarik je ni..

Isabel Diaz said...

Bestnya cite towk.. Hihi..

Normi Nieza said...

wah..best jgk citer nie...:)

Mia Liana said...

sejak sibuk ni.... dah tak sempat nak tengok drama. balik je letih terus rehat.

Puan Bui Junaidi said...

CAM BEST JAK SINOPSIS NYA..TERGODA JUAK SA NAK NANGGA..

izan mama mia said...

nak cari novellah...

adzairdawati makdara said...

wahhh dah mkn byk novel dijadikan drama.. bagus bagus...

Mieya Atiera said...

tengok iklan kat tv macam best je. tak sabar nak tengok

Kesuma Angsana said...

serius mmg x sempat nak follow lah !

sa mic said...

episod 1 sangat lah sakit hati, haha >,< eeii mencik

Tinta Lana said...

Berderet skrg ni novel jadi drama :)

Cik Yaya said...

ade jgk tgok hari ni..tgok sikit..hehe

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan sehingga 30mei. Jangan lupa follow juga ye.. =)

Terima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

Remy hazza said...

menarik jln cerita dia kak......
penuh liku2.....

Qaisyara Raihana said...

sekarang ni banyak drama yg disiarkan bdasarkan novel. btw sangat bessstt arr idea2 dari novel ni. >.<

http://bloggadisbrutal.blogspot.com/