Thursday, December 12, 2013

Ariana Rose.

♥ Assalamualaikum ♥
Jumlah episode: 28

Drama Ariana Rose merupakan drama yang diadaptasikan daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama Ariana Rose bakal disiarkan pada 30 Disember 2013 ini selepas tamat Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7-8 malam.

Drama ini memang saya nanti-nantikan sebab dah baca di blog penulisnya dan tersuka dengan novel ni. Harap-harap pelakon drama ni nanti dapat membawa watak mereka dengan baik. ^_^ 

SINOPSIS: 

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai. Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Pelakon Utama:

Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia- Ariana Ros
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh

Datuk Wira Tengku Adam Kamil - Keith Foo

Sumber sinopsis: SINI

6 comments:

  1. lor...
    drama novel lagi kew..
    xdek kreativiti langsung ler pgarah skarang nie.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nk tgk...huhu sbb novelnya super awesome!! >.<

    ReplyDelete
  3. kmk suka drama based on novel..bez bah..ideanya lain2
    keith foo ya nampak ensem..belum tangga gik lakonannya
    fathia nang ok la lakonannya
    x sabar mok nangga

    ReplyDelete
  4. mcm best jak pelakon2 nya.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Die dh popular kat msia kan..sblm nih keith foo blakon kat indon kan

    ReplyDelete
  6. novel ni orang kata best, tapi azwar tak sempat baca lagi.. heheeh

    ReplyDelete

Guna bahasa yang mudah difahami oleh semua orang.
Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi komen kat entry ini ^_^